Kampung Sentul Patah merupakan sebuah kampung yang terletak di Marang, dalam negeri Terengganu darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut China selatan di bahagian timur.
Kampung Sentul Patah (Jawi : کامڤوڠ سنتول ڤاته) merupakan sebuah Kampung yang terletak di dalam daerah Marang di Negeri Terengganu ,Malaysia ,terletak kira-kira 3.8km dari bandar marang majoriti penduduk disini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.penduduknya juga mempunyai pertalian persaudaraan yang kuat antara satu sama lain yang menjadikan Kampung ini terkenal dengan suasana yang tenang dan aman.Ianya terletak berhampiran Sungai Marang . Kampung ini mempunyai penduduk ber anggaran 700 orang, kampung bersebelahan adalah seperti kampung Gong Nangka, Kampung Pengkalan Kuin ,dan Kampung Gong Tepah di Seberang sungai. Mempunyai beberapa jalan Kecil yang diberi nama seperti Jalan Kelubi,Jalan Kenanga,Jalan Kemboja dan Jalan Bugis. Nama Kampung Sentul Patah diambil sempena nama pokok setul/sentul atau sentol/ besar yang telah patah/tumbang di tepi sungai kampung ini,menurut cerita orang2 tua dahulu. Kampung Sentul Patah juga mempunyai keunikan yang tersendiri di mana ianya mempunyai beberapa kawasan kecil yang diberi nama ” khas ” seperti Gong Tokmin, Tok amaa, Kelubi, Gong Saga, Bukit Kapas, Bukit Pinih, sungai wakaf,dan Gong Pauh.Jalan utama dari Simpang 4 bandar Marang melalui kampung ini dapat menghubungkan Pekan Wakaf Tapai dan juga Hulu Terengganu. Pengangkutan utama ke Kampung ini adalah melalui jalan raya dengan menaiki “prebt sapu” atau “van runcit”.,