mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2024 : CELIK IT – MUHAMMAD LUKMAN BIN SAIFUL SANI

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Muhammad Lukman Bin Saiful Sani
Umur : 11 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Adik Lukman merupakan pelajar Tahun 5 Sk Gong Nangka. Beliau menetap bersama keluarga di Kampung Sentol Patah. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik. Sejak berdaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2022, beliau sering berkunjung ke NADI. Beliau sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas NADI. Beliau juga terlibat secara aktif dengan setiap aktiviti yang dijalankan di NADI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas di NADI Kg Sentol Patah, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak aktif dalam media sosial dan  tidak tahu menggunakan laman web e-pembelajaran untuk tujuan pendidikan. Beliau juga tidak mempelajari cara-cara untuk menggunakan microsoft office seperti microsoft word dan juga microsoft excel.
 
 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas NADI, adik Lukman  kini mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau juga selalu membuka laman web e-pembelajaran untuk belajar melalui kuiz dan permainan pendidikan. Beliau juga sering mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas NADI. Beliau sangat meminati kelas berkaitan STEM/IOT dan sering mengikuti aktiviti STEM yang dijalankan di NADI. Selain itu, beliau juga mempelari cara-cara penggunaan microsoft office word dan excel. Kini beliau tahu cara-cara untuk membuat surat kiriman rasmi serta cara-cara untuk mendapatkan maklumat di enjin carian google.