mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2023 : CELIK IT – AHMAD UZAIR HAQIEM BIN MAZALAN

WhatsApp Image 2023-09-21 at 10.41.42 4

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

 

Nama : Ahmad Uzair Haqiem bin Mazalan
Umur : 14 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Adik Uzair merupakan pelajar Tingkatan 2 SMK Tengku Lela Segara. Beliau menetap bersama keluarga angkat di kampung Gong Nangka. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 3 adik beradik. Sejak berdaftar sebagai ahli PEDi, beliau sering berkunjung ke PEDi setiap hari selepas pulang dari sekolah. Beliau juga merupakan sekarelawan PEDi dan terlibat aktif dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh petugas PEDi

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas di PEDi Kg Sentol Patah, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak aktif dalam media sosial dan  tidak tahu menggunakan laman web e-pembelajaran untuk tujuan pendidikan. Beliau tidak tahu menggunakan microsoft word untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi, adik Uzair kini mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau juga selalu membuka laman web e-pembelajaran untuk belajar melalui kuiz dan permainan pendidikan.Beliau seorang yang rajin dan tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara yang tidak diketahui. Beliau juga sering mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas PEDi. Beliau sangat meminati kelas berkaitan STEM/IOT dan juga berkaitan mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Selain itu, beliau juga mempelari cara-cara untuk membuka akaun di media sosia seperti facebook dan tik tok.