mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2022 : CELIK IT – NOR AMIRAH BINTI MOHD ZUKEY

WhatsApp Image 2022-12-26 at 11.29.15

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

 

Nama : Nor Amirah binti Mohd Zukey
Umur : 17 tahun
Ahli : Mac 2022

 

Latar belakang

Adik Amirah merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Tengku Lela Segara. Ketika di sekolah rendah, beliau mendapat mendidikan di sekolah SK Gong Nangka. Beliau merupakan penduduk Sungai Kerak dan kerap mengunjungi PEDi Kg Sentol Patah untuk belajar mengenai komputer dan penggunaan Microsoft word.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas di PEDi Kg Sentol Patah, beliau jarang menggunakan komputer. Beliau tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga tidak cekap menggunakan Microsoft office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi, kini adik Amirah cekap menggunakan komputer. Beliau kerap mengunjungi PEDi setiap hari untuk belajar mengenai komputer terutamanya penggunaan Microsoft word dan Microsoft excel. Beliau tidak malu untuk bertanya akan sesuatu perkara yang tidak diketahui. Kini beliau tahu cara-cara menggunakan Microsoft word untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Beliau belajar cara-cara penggunaan table dan memasukkan carta organisasi dalam tugasan.