KEUSAHAWANAN
| Nama | : Norzuraida binti Mohd Hazan |
| Umur | : 38 tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Puan Zuraida merupakan seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Klinik Pergigian Marang dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak tahun 2024. Beliau berminat dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun yang lepas untuk menambah pendapatan bagi keluarga. Beliau menjual kerepek popia, popia carbonara serta minuman bocil dengan pelbagai perisa yang menarik. Selain itu, beliau juga menjual produk tupperware.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengenali NADI, beliau hanya mempromosikan produk yang dihasilkannya secara offline sahaja. Beliau juga mempromosikan produk yang dijualnya kepada rakan-rakan sekerja secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui bimbingan petugas NADI Kg Sentol Patah, beliau kini telah pun mahir menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, TikTok dan melayari internet untuk mempromosikan produk yang dihasilkannya. Beliau sering berkunjung ke NADI untuk mendapat khidmat nasihat berkaitan penggunaan laman sosial. Beliau juga diajar cara-cara untuk menyunting imej dan memuat naik produk di media sosial. Kini beliau mahir mempromosikan produk jualannya secara online menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Beliau juga sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh NADI dan membuka booth jualan di NADI untuk menjual produknya.
