mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2024 : CELIK IT – MUHAMMAD SHAHRIL IKHWAN BIN HUSNI

Screenshot 2024-07-22 094723

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Muhammad Shahril Ikhwan bin Husni
Umur : 11 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Adik Shahril merupakan pelajar tahun 5 SK Gong Nangka. Beliau merupakan penduduk setempat dan tinggal berdekatan dengan NADI. Beliau aktif bermain catur di sekolah dan mewakili sekolah untuk pertandingan di peringkat daerah. Apabila berkelapangan, beliau akan hadir ke NADI untuk menyertai program yang dianjurkan oleh petugas NADI. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas di NADI Kg Sentol Patah, beliau tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu mengenai laman web pembelajaran yang boleh dilayari bagi tujuan pembelajaraan sama ada melalui kuiz mahupan permainan Pendidikan secara online. 

 
 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menghadiri kelas ICT yang dibimbing oleh Petugas NADI, adik Shahril kini mahir menggunakan komputer untuk pembelajaran. Beliau juga sering melayari internet membuka laman web pendidikan seperti https://wordwall.net/ms untuk tujuan pembelajaran. Beliau juga sering mengikuti aktiviti STEM/IOT yang yang di adakan di NADI. Selain itu, beliau juga mempelajari cara-cara membuat poster menggunakan laman web https://www.canva.com/ dan https://www.postermywall.com/. Beliau juga belajar mengenai Microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi iaitu surat tidak hadir ke sekolah serta fungsi setiap tools yang selalu digunakan dalam Microsoft office word.