mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2023 : CELIK IT – MUHAMMAD RAFIQ ASHRAF BIN AZHAR

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

 

Nama Muhammad Rafiq Ashraf Bin Azhar
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

 

Adik Rafiq merupakan pelajar tahun 6 SK Sentol Patah. Beliau juga merupakan seorang pengawas perpustakaan. Beliau merupakan penduduk setempat dan tinggal berdekatan dengan PEDi. Beliau sering berkunjung ke PEDi dan menyertai kelas anjuran petugas PEDi. Anak bongsu dari 4 beradik ini tidak jemu untuk belajar kelas ICT dan juga menggunakan laman web e-pembelajaran untuk tujuan pendidikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas di PEDi Kg Sentol Patah, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu menggunakan laman web e-pembelajaran untuk tujuan pendidikan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi, adik Rafiq kini mahir menggunakan komputer untuk pembelajaran. Beliau tahu membukan laman web pendidikan untuk bermain permainan pendidikan dan juga kuiz pendidikan online. Beliau juga belajar mengenai kelas microsoft office seperti microsoft word, excel dan power point.