mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 : CELIK IT – FATIN NUR FAQIHAH BINTI ZAKARIA

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Fatin Nur Faqihah binti Zakaria
Umur : 13 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Fatin Nur Faqihah binti Zakaria merupakan pelajar sekolah Tingkatan 1 di Sekolah Menengah (Agama) Marang. Beliau seorang yang aktif di sekolah dengan mewakili negeri dalam pertandingan robotik di peringkat kebangsaan. Beliau selalu menyertai kelas dan program yang diadakan di NADI ketika cuti sekolah bermula.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menghadiri kelas dan program di NADI, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer serta melayari internet bagi menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgu. Beliau juga tidak pandai menggunakan aplikasi atau perisian yang tersedia di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menghadiri kelas ICT dan program yang diadakan oleh staf NADI, beliau kini sudah mahir dalam menggunakan komputer serta melayari Internet. Beliau juga berminat menghadiri kelas yang dianjurkan NADI, kerana sifat ingin belajar yang dapat memberi manfaat serta menambahkan ilmu pengetahuan beliau.