KEUSAHAWANAN
Nama | : Dahlia binti Mohd Hazan |
Umur | : 41 tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Puan Dahlia merupakan seorang suri rumah tanggan sepenuh masa. Beliau menggunakan masa yang ada untuk menjadi reseller produk Tupperware. Sejak menjadi ahli NADI sejak tahun 2023 beliau kerap mengunjungi NADI untuk mempelajari cara-cara membuat pemasaran di media sosial. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengenali NADI, beliau hanya membuat jualan secara offline dan menggunakan dropship bagi membantu mempromosikan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menjadi ahli NADI, beliau kerap mengunjugi NADI untuk mempelajari cara-cara membuat pemasaran secara online. Beliau mempelajari cara-cara membuka akaun tiktok shop untuk menjual produk beliau. Selain itu, beliau juga diajar cara-cara penggunaan online banking bagi memudahkan urusan urusniaga. Beliau merupakan seorang usahawan yang aktif dan tidak mudah berputus asa dalam perniagaan beliau.