CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN & ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE
Nama | : Muhammad Aswad bin Jamaluddin |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Adik Aswad merupakan seorang pelajar tingkatan 1 SMK Tengku Lela Segara. Beliau telah menjadi ahli NaDi Kg Sentol Patah sejak tahun 2022. Beliau merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik. Beliau sering mengunjungi NaDi pada setiap hari apabila pulang dari sekolah. Pada setiap hujung minggu beliau sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas NaDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menghadiri kelas anjuran petugas NaDi, beliau kurang pendedahan terhadap penggunaan komputer. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga kurang pendedahan terhadap laman web e-pembelajaran dan pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas NaDi, kini adik Aswad tahu cara-cara menggunakan komputer. Beliau sering mengunjungi NaDi untuk menyertai kelas yang diadakan seperti kelas Microsoft word, Microsoft excel, penggunaan canva, dan
juga penggunaan laman web e-pembelajaran. Beliau sering mengikuti kelas e-pembelajaran kerana dapat bermain permainan pendidikan seperti puzzle online serta kuiz pendidikan online bersama kawan-kawan yang lain. Beliau juga meminati kelas stem/iot yang diadakan oleh petugas NaDi. Beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai kelas tersebut. Pelbagai aktiviti Stem/iot telah beliau sertai seperti kelas magic finger, kelas mencipta tangan robotik, kelas flower blooming dan lain-lain.