CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN & ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE
Nama | : Ayza Zahra Damia binti Abdul Razak |
Umur | : 9 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Adik Ayza merupakan seorang pelajar Darjah 3 Sekolah Kebangsaan Gong Nangka. Beliau merupakan anak kedua dari 4 beradik. Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2022. . Sejak menjadi ahli PEDi beliau kerap hadir ke PEDi untuk menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menghadiri kelas anjuran petugas PEDi, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu penggunaan setiap ikon yang ada pada papan kekunci. Beliau juga agak janggal untuk menggunakan tetikus. Beliau tidak mahir menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi, kini adik Ayza tahu cara-cara menggunakan komputer. Beliau sering mengunjungi PEDi untuk menyertai kelas yang diadakan. Beliau tidak malu untuk bertanya akan sesuatu yang beliau tidak tahu. Di PEDi beliau belajar cara-cara menggunakan microsoft word, excel dan power point. Beliau juga diajar menggunakan laman web pembelajaran untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Banyak perkara yang beliau pelajari. Selain itu beliau juga sering bermain permainan pendidikan seperti kuiz pendidikan online dan permainan puzzle bersama-sama adik beliau.