Maklumat Pi1m

Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

2023 PEDi Logo

 

SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN : 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

Menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

  • Pengenalan asas komputer.
  • Asas internet.
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang).
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan).
  • Latihan keusahawanan.

 

JUMLAH KEAHLIAN :

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Disember 2021. Ramai telah mendaftar diri bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:-
 

  AHLI LAMA (TAHUN 2022)

160

  AHLI BARU SEHINGGA BULAN

  NOVEMBER 2023

84
 KESELURUHAN  244

 

KENALI PETUGAS PEDI :

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:-

PENGURUS
 hakimah
 
Nama : NURUL HAKIMAH BINTI BUREDAH
Mula berkhidmat :  01 JUN 2022
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
WhatsApp Image 2022-04-21 at 2.39.28 PM   
 
Nama : NOR SULAIHA BINTI SULAIMAN
Mula berkhidmat : 18 Februari 2022