Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kawasan Perlancongan & Bersejarah

IMG 20200726 161553

Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Daerah Marang yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

Taman Rekreasi Pulau Kekabu

 

Pulau Kekabu merupakan salah satu tarikan yang terdapat di daerah Marang. Ia bukanlah seperti Pulau Redang, Pulau Kapas dan sebagainya yang terletak di tengah-tengah laut, tetapi ia hanya terletak di pinggir pantai hanya dipisahkan dengan daratan oleh sungai yang kecil. Pemandangan dan keindahan Pulau Kekabu menjadi tarikan utama pengunjung dan penduduk setempat untuk mengunjungi taman rekreasi ini di setiap petang dan juga pada hujung minggu. 

Kemudahan infrastruktur seperti jambatan utama, tandas awam, surau dan pondok di sekitar pulau ini juga menjadi faktor kebanjiran pengunjung pada setiap hujung minggu. Di sini juga terdapat beberapa lot kedai makan dan tapak niaga makanan ringan untuk memudahkan pengunjung mencari juadah di pulau ini. 

Taman Rekreasi Pulau Kekabu ini juga diisytiharkan antara kawasan selamat untuk menjalani aktiviti air seperti aktiviti mandi manda, berkayak, surfing kerana adanya benteng pemecah ombak  yang terletak di tengah laut. Selain itu, Pulau Kekabu mempunyai pasukan penyelamat pantai yang hanya terdapat di 3 kawasan di seluruh Terengganu selain Pantai Bukit Keluang dan Pantai Batu Burok. 

 

71149742 526926128058334 2344193811581763584 n

 
Objektif penubuhan Pasukan Penyelamat Pantai ini adalah untuk mengawal, mencegah serta menyelamat mangsa yang mengalami apa jua risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini semasa berada di pantai.
 

Di Pantai Pulau Kekabu ini ada didirikan sebuah lifeguard post atau pondok untuk kegunaan ahli-ahli penyelamat memerhati dan memantau pergerakan pengunjung ke pantai ini terutamanya mereka yang sedang bermandi manda. 
Ada 20 orang lifeguards yang bertugas di Pantai Kekabu ini. Pasukan Penyelamat Pantai ini dianggotai oleh anggota sukarela APM yang dilatih oleh pegawai bertauliah mengikut piawaian antarabangsa bagi tujuan penyelarasan prosedur penyelamatan.
 
(sumber : Majlis Daerah Marang dan Penduduk Tempatan)