mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2022: CELIK IT – ABDULLAH NAZIM ASYRAF BIN HARUN

Picture2

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE 

 

Nama : Abdullah Nazim Asyraf bin Harun
Umur : 16 tahun
Ahli : Mac 2022

 

Latar belakang

Abdullah Nazim Asyraf  berumur 16 tahun merupakan pelajar sekolah menengah yang mendaftar Ahli PEDi Kg Sentol Patah sejak dari  Mac 2022. Abdullah pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Abdullah Nazim juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan Abdullah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi  seperti Microsoft Office Word, cara menggunakan komputer dengan betul,pengenalan kepada internet dan pendaftaran secara atas talian. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas yang dijalankan di PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PEDi untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan pantas, boleh menggunakan google untuk mencari maklumat dengan pantas.Beliau menjadikan Pedi  sebagai tempat untuk  mencari bahan untuk pembelajaran dan permohonan atas talian.