mcmc
Komuniti

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)

Peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sentol Patah adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sentol Patah telah diketuai oleh Encik Mohd Khairul Nizam bin Roslam yang bertindak sebagai Pengerusi JPKK dan dibantu oleh En. Kamal bin Bakar selaku Timbalan Pengerusi JPKK.  Antara matlamat penubuhan JPKK Kampung Sentol Patah ialah mengubah kampung tradisi kepada mewujudkan kampung yang maju, menarik dan membangun. 

Selain berusaha memajukan kampung, JPKK juga tidak mengabaikan hubungan baik antara penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti atau program kemasyarakatan seperti sambutan Hari Keluarga Sentol Patah sambutan bulan kemerdekaan sering dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).