CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN & ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE
Nama | : Abdullah Nazim Asyraf bin Harun |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : Mac 2022 |
Latar belakang
Abdullah Nazim Asyraf berumur 16 tahun merupakan pelajar sekolah menengah yang mendaftar Ahli PEDi Kg Sentol Patah sejak dari Mac 2022. Abdullah pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan asas tentang ICT dan banyak perkara yang masih perlu dipelajari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Abdullah Nazim juga pada awalnya tidak begitu mahir menggunakan komputer dan Abdullah banyak mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi seperti Microsoft Office Word, cara menggunakan komputer dengan betul,pengenalan kepada internet dan pendaftaran secara atas talian. Beliau terlibat dengan hampir keseluruhan kelas yang dijalankan di PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kerana minat yang mendalam terhadap bidang ICT, beliau kini telah hampir mahir menggunakan komputer tanpa perlu lagi merujuk kepada staff PEDi untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Beliau mampu menaip dengan pantas, boleh menggunakan google untuk mencari maklumat dengan pantas.Beliau menjadikan Pedi sebagai tempat untuk mencari bahan untuk pembelajaran dan permohonan atas talian.