mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2022 : CELIK IT – HAFIY HAKIM BIN ANUAR

IMG 20221221 112230

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

 

Nama : Hafiy Hakim bin Anuar
Umur : 12 tahun
Ahli : Februari 2022

 

Latar belakang

Adik Hafiy Hakim merupakan seorang pelajar Darjah 6 SK Sentol Patah. Beliau merupakan penduduk setempat dan telah menjadi ahli seawal PEDi ini telah dibuka iaitu Februari 2022. Beliau sering mengunjungi PEDi pada setiap hari sebaik pulang dari sekolah. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas di PEDi Kg Sentol Patah, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan perisian lain seperti Microsoft Office, Paint dan laman web e-pembelajaran. Beliau juga tidak aktif menggunakan media sosial. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi, kini adik Hafiy Hakim telah menggunkan komputer. Beliau diajar cara-cara menggunakan Microsoft office seperti Microsoft word, Microsoft power point dan excel. Beliau juga belajar mengenai laman sosial seperti facebook, tiktok dan whatsapp. Beliau juga sering melayari laman web e-pembelajaran dan youtubue bagi tujuan pembelajaran.