mcmc
Keusahawanan

Q1 2025 : KEUSAHAWANAN – PUAN ROOS BINTI MUSTAFFA

KEUSAHAWANAN

Nama : Roos binti Mustaffa
Umur : 52 tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Puan Roos merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan madu kelulut. Beliau menternak madu lebah kelulut berhampiran rumahnya. Beliau memiliki 10 lot lebah kelulut dan menuai sendiri hasilnya. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak tahun 2024.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengenali NADI, beliau hanya membuat jualan secara offline dan meletakkan produknya di kedai-kedai berhampiran rumahnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli NADI, beliau kerap mengunjungi NADI untuk mempelajari cara-cara membuat pemasaran secara online. Beliau mempelajari cara-cara membuka akaun TikTok Shop untuk menjual produk beliau. Selain itu, beliau juga diajar cara-cara penggunaan online banking bagi memudahkan urusan urus niaga. Beliau merupakan seorang usahawan yang aktif dan tidak mudah berputus asa dalam perniagaan beliau.