CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN & ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE
| Nama | : Muhammad Adam Rayyan bin Mohd Affendy |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2025 |
Latar belakang
Adam Rayyan merupakan pelajar Tahun 4 SK Gong Nangka. Beliau menetap bersama keluarga di Kampung Sentol Patah. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 2 orang adik beradik. Sejak berdaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2025, beliau sering berkunjung ke NADI. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh petugas NADI. Beliau juga terlibat secara aktif dengan setiap aktiviti yang dijalankan di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas di NADI Kg Sentol Patah, beliau tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu mengenai laman web yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran. Beliau juga tidak tahu mengenai aktiviti dan program yang disediakan di NADI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas NADI, adik Rayyan kini mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau juga selalu membuka laman web e-pembelajaran untuk belajar melalui kuiz dan permainan pendidikan. Beliau juga sering mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas NADI. Beliau juga sering mengikuti aktiviti 5 Pillar yang di NADI. Beliau terlibat aktif dengan kelas pembelajaran sepanjang hayat yang diadakan. Antara kelas yang disertai termasuklah Kidventure, Esukan, Tiny Techies dan juga Cybersecurity.
