CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN & ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE
Nama | : Muhammad Farish Aiman bin Muda |
Umur | : 14 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Muhammad Farish Aiman merupakan pelajar sekolah Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara. Beliau seorang yang aktif di sekolah dalam bidang sukan sehingga mewakili sekolah dan negeri dalam sukan bola sepak. Beliau selalu menyertai kelas dan program yang diadakan di NADI pada hujung minggu ataupun di masa terluang seperti Webinar Cybersecurity, Webinar Kempen Internet Selamat dan Program Tiny Techies.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas dan program di NADI, beliau kurang mahir dalam melayari internet serta tidak mengetahui bahayanya Internet dalam kalangan pelajar sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menghadiri kelas ICT dan program yang diadakan oleh staf NADI, beliau kini sudah mahir dalam menggunakan komputer serta melayari Internet. Beliau juga berminat menghadiri kelas yang dianjurkan NADI, kerana sifat ingin belajar yang dapat memberi manfaat serta menambahkan ilmu pengetahuan beliau. Kini, beliau semakin berhati-hati dalam melayari Internet agar tidak terjebak dengan penipuan yang sering berlegar di media sosial.