Persatuan Belia Sepakat merupakan satu persatuan yang ditubuhkan pada tahun 2019 oleh belia dari kalangan penduduk Kampung Sentol Patah. Pengerusinya, Encik Shaiful sentiasa aktif bagi memastikan kaum belia di kampung ini sentiasa bersatu padu melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan aktiviti sukarelawan.