mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2024 : CELIK IT – MUAMMAR EDRY WILDAN BIN MASRI

WhatsApp Image 2024-11-11 at 15.16.16

CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN &  ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Muammar Edry Wildan bin Masri
Umur : 16 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Muammar Edry merupakan pelajar tingkatan 4 SMK Tengku Lela Segara. Beliau merupakan penduduk setempat dan tinggal berdekatan dengan NADI. Beliau aktif bermain catur di sekolah dan mewakili sekolah untuk pertandingan di peringkat daerah. Apabila berkelapangan, beliau akan hadir ke NADI untuk menyertai program yang dianjurkan oleh petugas NADI. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menghadiri kelas di NADI Kg Sentol Patah, beliau tidak mahir menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu mengenai laman web pembelajaran yang boleh dilayari bagi tujuan pembelajaraan sama ada melalui kuiz mahupan permainan Pendidikan secara online. 

 
 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menghadiri kelas ICT yang dibimbing oleh Petugas NADI, adik Edry kini mahir menggunakan komputer untuk pembelajaran. Beliau juga sering melayari internet membuka laman web pendidikan seperti https://wordwall.net/ms untuk tujuan pembelajaran. Beliau juga sering mengikuti aktiviti STEM/IOT yang yang di adakan di NADI. Selain itu, beliau juga mempelajari cara-cara membuat poster menggunakan laman web https://www.canva.com/ dan https://www.postermywall.com/. Beliau juga belajar mengenai Microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi iaitu surat tidak hadir ke sekolah serta fungsi setiap tools yang selalu digunakan dalam Microsoft office word.