CELIK IT BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN & ASAS KOMPUTER, ASAS INTERNET & ASAS MICROSOFT OFFICE
Nama | : Ahmad Iskandar bin Abdul Aziz |
Umur | : 15 tahun |
Ahli | : Febuari 2022 |
Latar belakang
Adik Iskandar merupakan penduduk setempat dan seorang pelajar Tingkatan 4. Beliau belajar di SMK Padang Midin kerana minat beliau dalam sukan hoki. Beliau tinggal di asrama sekolah dan pulang ketika hujung minggu. Beliau akan mengunjungi PEDi apabila mempunyai masa terluang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menghadiri kelas di PEDi Kampung Sentol Patah, beliau tidak cekap menggunakan komputer. Beliau juga tidak tahu penggunaan setiap ikon yang ada pada papan kekunci. Beliau juga tidak cekap menggunakan papan kekunci untuk menaip sesuatu artikel.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas PEDi, kini adik Iskandar tahu cara-cara menggunakan komputer. Beliau mahir menggunakan papan kekunci dan dapat menaip sesuatu artikel dengan cepat. Beliau juga mempelajari penggunaan Microsoft office word, dan excel untuk membuat tugasan. Beliau juga banyak mempejari mengenai akaun media social seperti facebook, Instagram, whatsapp web dan lain-lain.